Wednesday 1 May 2019

Adik Beradik Lelaki Bertanggungjawab Kepada Adik Beradik Perempuan Mereka

Assalamualaikum.

Pagi ini saya hendak membincangkan topik yang berat sedikit, topik mengenai tanggungjawab.

Kerana apa?

Kerana dalam masyarakat kita ini, kebanyakannyalah, bukan semua ya, apabila membincangkan mengenai hak, semua orang laju saja, nak cepat saja, macam dah tak sabar-sabar nak dapatkan hak mereka. Namun apabila bercakap mengenai tanggungjawab, semua orang pun laju juga, tetapi laju melarikan diri dari membincangkan mengenai perkara ini. Sap sap sui, tak tahu hilang entah ke mana apabila berkata mengenai tanggungjawab ini. Pelik bin ajaib.

Ok, hari ini saya ingin berbicara sedikit mengenai tanggungjawab di antara adik beradik terutamanya adik beradik lelaki. Adik beradik lelaki sememangnya bertanggungjwab menjaga dan melindungi adik beradik perempuan mereka.

Contohnya seperti kisah ini. Jika seorang kakak atau adik perempuan bercerai dari suaminya, siapakah yang perlu menjaga kakak/adik perempuannya itu?

Yes, it comes back to her brother/s in her family.

Iya, ia berbalik kepada adik beradik lelakinya iaitu abang atau adik lelakinya (jika ayah dan datuknya sudah tiada).

Tetapi selalunya dalam masyarakat kita ini, sebaliknya yang berlaku. Lihatlah ibu-ibu tunggal di Malaysia sekarang, di mana adik beradik lelaki mereka? Di mana bapa-bapa saudara mereka? Di mana anak-anak saudara lelaki mereka?

Sebab tu orang kata, lelaki ni tanggungjawabnya besar. Namapun Allah jadikan mereka sebagai pemimpin. Empat golongan yang menjadi tanggungjawab lelaki sampai bila-bila adalah:

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Adik beradik perempuannya
4. Anak-anak perempuannya

Nampak tak di sini betapa Allah sangat-sangat mejaga dan melindungi perempuan melalui hadirnya lelaki.

Ternyata ada sebabnya juga Allah melebihkan bahagian anak lelaki berbanding anak perempuan di dalam pembahagian faraid.

Saya terdetik ingin menulis perkara ini setelah melihat rancangan PinkPoint yang disiarkan di TV Al-Hijrah setiap petang pada pukul 2 petang sehingga 3 petang dari hari Isnin hingga Khamis (Jumaat ulangan), di mana ahli panelnya adalah Ustaz Roslan Mohamad. Saya tak pasti untuk topik 'Jodoh Online' atau 'Anak Emak' kerana Ustaz Roslan Mohamad dijemput sebanyak 2 kali sebagai panel dalam masa yang dekat.

Empat golongan di atas itu terang dan jelas dinyatakan oleh Ustaz Roslan Mohamad.

Jadi wahai lelaki, apabila kamu mendapat bahagian atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh ayah atau ibu kamu, janganlah selepas itu hilang ghaib begitu sahaja.

Tidak bertanyakan tentang khabar ibu atau ayahmu, tidak bertanyakan mengenai khabar adik beradikmu terutama adik beradik perempuanmu, dan tidak juga bertanyakan khabar anak-anak saudaramu.

Akhir kata, faraid datangnya dengan tanggungjawab, bukan hak semata-mata. Boleh baca artikel di bawah mengapa bahagian lelaki lebih banyak dari bahagian perempuan di dalam hukum faraid:

https://norsaadah.com/faraid-pembahagian-pusaka-orang-islam/

Sekian, wassalam.

Kemaskini 1 Mei 2021: Memandangkan ada pertanyaan lanjut di bahagian komen, saya lampirkan dua lagi artikel untuk anda memahami tanggungjawab abang/adik lelaki terhadap adik-beradik perempuannya. 



Semoga memberi manfaat.

9 comments:

  1. Sbb jahil dalam ilmu agama kebanyakkan lelaki zaman sekarang, oleh itu wanita zman skrg perlu bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi kehidupan di dunia ini, sy sendri sedang menghadapi situasi dimana ayah dan abang tidak amik peduli makan minum serta tempat tinggal kami, mereka lebih utamakan dan membantu orang luar serta hulurkan sedekah kepada orang lagi , darah daging sendrikn di biarkan keluar mencari rezeki sendiri. Sy tetap berdoa mereka akan berubah dan sedar akan kesilapan yang sedang mereka lakukan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh rujuk artikel ini untuk pemahaman lanjut

      https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4037-al-kafi-1550-tanggungjawab-abang-kepada-adik-perempuannya-sebagai-wali

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz ,saya Ahmad , saya ada adik perempuan OKU berumur 31 tahun dan kami telah kematian ibu bapa , sekarang ini adik ada dlm jagaan saya . Soalan saya kami ada 6 Adik beradik saya no 4 lelaki dan s adik perempuan saya ada kakak kakaknya, skrg ini kakak kakak dia semua tolak dkt saya jaga adik perempuan saya kerana dia ckp saya abg lelaki dia ,betulke ustaz..

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki sekarang ramai yang pentingkan diri...diaorang serah bulat jaga mak atas bahu adik beradik perempuan, saya ibu tunggal anak 2..saya ada sakit lemah jantung, saya tak boleh terlalu penat..saya uruskan hantar,ambik anak2 dari sekolah..saya yang menguruskan tanggungjwb dlm rumah seperti cari keperluan dapur,masak,mengemas rumah masak..ada abang saya pernah memarahi saya minta saya dulukan mak dari uruskan anak2 saya..saya jadi betul2 kecewa sedangkan saya ni ibu tunggal..terpaksa semua buat sendiri, keje2 rumah lagi..mereka sebagai anak2 lelaki hanya tau mengarah, adik beradik lelaki saya ramai tapi diaorg lebih pentingkan keluarga diaorg..kadang2 saya rasa tak redha ngn perbuatan diaorg pada saya..saya cuba maafkan tapi ada masa hati saya terlalu sakit, tak tau la..diakhirat nanti apa yg diaorg blh jawab dpn Allah

    ReplyDelete
  4. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete
  5. Kalau lelaki tu sudah berkahwin...perlukah dia menanggung adik beradik perempuannya yang sudah dewasa tetapi tidak bekerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, boleh rujuk artikel ini,

      https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4037-al-kafi-1550-tanggungjawab-abang-kepada-adik-perempuannya-sebagai-wali

      Delete
  6. Saya nak Tanya hukum abg memberi nafkah kepada adik perempuan walaupon abg sudah berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, boleh rujuk artikel ini,

      https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4037-al-kafi-1550-tanggungjawab-abang-kepada-adik-perempuannya-sebagai-wali

      Delete