Sunday, 28 April 2019

Seronoknya Mengamalkan Air Mawar (Rose Water)

Assalamualaikum semua.

Hari ini hari Ahad, anda buat apa hari ini?

Saya seperti biasa, duduk sahaja di 'gua' yang indah ini (rumahlah, hihi). Tak tahu lagi ke mana arah tuju untuk hari ini.

Ok, hari ini saya nak bercerita mengenai satu produk ni, produk air mawar.

Kenapa nak bercerita pasal produk ni? Sebab saya dah mengamalkannya dan sejak dari itu, waweee, memang itu sahajalah yang dicari.

Bila bercakap mengenai air mawar, mesti anda terfikirkan kaum India kan? Iyalah, mereka sentiasa guna air mawar ni, tak pastilah untuk apa. Tetapi jika di pasaraya besar seperti Giant di rumah saya ni, ada pula air mawar tu dijual di sana. Itu pun saya perasan setelah sekian lama menggunakan air mawar ni. Tak sangka pula Giant pun ada jual. Tapi saya tengok yang dijual tu murahlah pula, mungkin air mawar yang dijual tu gred lain kot, entahlah.

Ok, ceritanya saya terjebak dengan air mawar ini apabila saya dijemput oleh seorang rakan saya untuk pelancaran salah satu jenama produk air mawar di Malaysia ni. Rakan saya ni seorang VIP di majlis itu, jadi kami pun (saya dan seorang lagi rakan saya) pun pergi sahajalah. Dah orang jemput, pergi sahajalah kan? Haha.

Nama pun majlis pelancaran, pastilah ada sampel percuma kan? Apalagi, bawa baliklah rumah.

Mula-mula saya tak pakai pun air mawar ni. Oh, lupa nak beritahu, jenamanya adalah Zeeta. Ok, dah lama saya perapkan di rumah tu, entah kenapa suatu hari saya pun sembur ke muka. Entah kenapa, mungkin sebab tengok terbiar lama saja tak digunakan, jadi suatu hari tu saya pun menyemburlah.

Apa perasaan yang saya rasa apabila memakainya??

Perasaan memakainya, saya rasa, sangat sangat 'ohsem'!!. Serius sangat syok. Saya rasa muka saya sejuk (walaupun tak simpan pun produk tu dalam peti ais), rasa nyaman dan yang paling saya suka adalah pori-pori saya semakin mengecil. Rasa licin sahaja di sekitar hidung ni.

Ya Allah, lepas tu terus saya jatuh cinta dengan air mawar ni.

Setiap hari saya sembur, kadang sampai 3-4 kali. Tapi masa sembur tu fikir juga, kena bajet, haha, sebab kewangan masa tu agak meruncing. Kalau tak meruncing rasanya 7-8 kali kot dah menyembur dalam sehari.

Biasa saya menyembur masa duduk di rumah saja. Masa tu masih duduk di rumah mak, belum berkahwin lagi. Jadi bila dalam bilik tu menyemburlah. Masa keluar saya pakai produk lain, iyalah, rasa tak cukup dengan air mawar itu saja.

Selepas itu memang air mawar ni menjadi salah satu produk kegemaran saya. Tapi saya tak pakai jenama Zeeta saja. Semasa saya nak berkahwin, saya ada pergi ke sebuah butik spa India yang agak moden untuk buat rawatan muka. Saya tertarik dengan iklan di pintunya yang membuat rawatan muka organik. Tapi semasa membuat rawatan muka tu, mata tertutup, jadi tak tahulah sebenarnya dia guna produk organik atau tidak, husnuzon sajalah, hihi.

Habis saja buat rawatan muka tu saya minta cadangan dari dia untuk cara penjagaan muka. Nak tahu tak? Dia pun cadangkan air mawar. Ok, baru saya teringat bahawa dia adalah seorang bangsa India. Katanya rutin penjagaannya adalah sabun susu kambing dengan air mawar sahaja.

Ok, saya sangat suka sebab ringkas saja caranya. Tak perlu pelembab muka apa bagai. Jadi saya pun membeli dua produk tersebut darinya.

Nak dijadikan cerita kedua-dua produk tersebut memang sesuai sangat dengan kulit muka saya. Kedua-dua produk tersebut adalah 'homemade', saya tak pasti kedua-duanya dibuat oleh rakannya atau air mawar sahaja, saya dah lupa. Tapi yang air mawar tu memang saya ingat dia cakap kawan dia yang buat, jadi katanya kalau nak beli kena tanya dulu ada stok atau tidak. Cara pembungkusannya pun memang nampak sangat dibuat secara kecil-kecilan di rumah. Sabun mukanya tu dibalut dengan plastik putih jernih yang nipis saja, plastik yang orang buat untuk balut makanan tu. Ha, dia guna yang itu sahaja.

Nak dipendekkan cerita sejak dari hari saya menggunakan Zeeta tu sehinggalah ke hari ini, saya memang suka sangat produk air mawar ni. Hari ini saya menggunakan produk Dfreshpick pula. Saya nak teruskan nak guna Zeeta tetapi mereka dah tak buat lagi produk yang saya guna dulu. Mereka keluarkan produk yang baru. Produk air mawar juga tetapi ada campuran minyaklah, apa lah, entah, saya pun tak berapa ingat, dan harganya lebih mahal. Saya pernah beli sekali, rasa memakainya dah lain berbanding produk yang dulu. Tambahan ada minyak tu, muka saya rasa tak selesa. Mungkin formulasinya dibuat untuk digunakan di luar rumah padahal saya nak pakai di dalam rumah saja.

Tetapi produk Dfreshpick ni pun saya pakai untuk keluar rumah juga, haha. Tak tahulah, mungkin sebab bukan pergi mana pun, biasanya keluar makan saja, jadi nak bermekap sangat memang taklah. Sejenis yang tak suka mekap, bedak pun tak pakai, hihi.

Inilah dia Air Mawar (Rosewater) oleh Dfreshpicks yang saya guna sekarang.

Untuk produk Dfreshpick ni, kalau dibaca kepada kebaikannya tu, yang menghidrasi tu memang saya setuju sangat. Mencerahkan kulit itu pun saya setuju. Tak adalah jadi putih melepak bagai tapi memang nampaklah muka makin cerah dan tak kusam walaupun saya pakai sekali-sekala saja.

Mengecutkan jerawat itu pun saya setuju wakaupun mengambil masa juga (nak pantas pergilah pakai produk yang ada merkuri). Mengurangkan 'eyebag' tu saya tak pasti sangat sebab saya ni nak kata ada 'eyebag' sangat tak juga, jadi anda yang ada 'eyebag' tu boleh cuba dan bagi testimoni nanti. Ha, menyegarkan tu memang saya setuju sangat sangat dan sangat, terutama bagi anda yang selalu mengantuk di pejabat tu, ha, saya sangat mencadangkan anda guna air mawar ni. 

Ok, di bawah ini pula saja nak tunjuk air mawar jenama Zeeta yang saya cuba sebelum ini.

Produk Air Mawar Zeeta yang mula-mula saya pakai, kegemaran saya ni tapi sudah tidak dikeluarkan lagi (gambar ambil dari Google saja)

Produk Air Mawar yang menggantikan produk yang lama di atas, saya tak berapa minat yang ni sebab ada minyak, tak tahulah pula anda, anda kena cuba sendiri (gambar ambil dari Google saja)

Akhir kata, kepada anda yang nak sentiasa rasa muka tu lembap dan berseri, saya memang sarankan air mawar ni. Pakai dalam rumah saja pun boleh. Ia tidak berminyak dan selalunya air mawar ni dijual dalam bentuk semburan. Jadi selepas mandi tu, kalau rasa kulit kering dan jenis yang tidak memakai apa-apa pelembap dalam rumah, ha, inilah pelembapnya. Tambahan lagi anda tidak perlu nak cuci muka lagi apabila nak ambil wudhuk bila nak solat. Iyalah, nama pun suri rumah duduk rumah, nak cuci muka pula bila nak solat, aduhai, lecehnya. 

Bagi sesiapa yang nak DFRESHPICK tu, harganya RM29 untuk sebotol 30 ml, kos pos RM8 untuk Semenanjung Malaysia. Boleh beli dengan saya kalau nak. Saya promo dan jadi ejen. Untuk jenama Zeeta tu saya tak jual, saya hanya sebagai bekas pengguna sahaja. Anda carilah ejen-ejennya, merata juga di Malaysia ni.

Nak beli dengan saya boleh wasap saya: www.wasap.my/60192265281, InsyaAllah saya cuba balas secepat mungkin. 

Ok, itu saja celoteh saya mengenai air mawar ni, jomlah cuba, harga pun mampu milik, boleh pakai hari-hari di rumah tu, InsyaAllah muka sentiasa cantik berseri. 









3 comments:

  1. pernah juga nampak air mawar kat Mydin..tp tak terfikir pun nak beli.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat mydin tu tak tahu air mawar jenis apa, rasa air mawar yang saya cakap tula, yang selalu orang india guna, yang selalu juga saya jumpa di giant tu, dalam botol kaca kan?

      Kalau yang itu, tak tahulah dorang guna untuk apa, untuk sembahyang ke atau untuk letak kat muka, hihi, jadi baik tak payahlah, carilah air mawar yang memang khas untuk muka

      Delete
  2. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete