Sunday 28 April 2019

Pertama Kali Makan Bebola Yang Tepung Gorengannya Sedap Gila!

Assalamualaikum.

Pagi ni nak bercerita pasal kisah semalam, kisah pertama kali jumpa atau makan bebola yang tepung gorengannya aduhai, sedap gila!!

Malam semalam, saya pergi satu kedai makan ni, di Seksyen 7 Bangi.

Kedai makan apa? Ooo, nantilah dulu, di akhir nanti saya bagitahu, tak syoklah nak bagitahu awal-awal kan? Hihi. Sebenarnya selalu juga saya dan suami pergi kedai makan ni sebab supnya itu memang kegemaran suami saya. Saya pula rasa supnya ok saja tapi suami saya ni sejenis yang suka minum/makan sup. Jadi memang segala bagai sup dia suka, asal sup memang licinlah.

Tapi dalam suka-suka tu, memilih jugalah dia akan sup-sup yang pernah dimakannya dan sup di kedai ini adalah salah satu sup kegemarannya.

Saya pula memang suka juga minum/makan sup tapi tengok 'mood' jugalah. Ikutkan semalam saya nak makan yang bergoreng-goreng contoh nasi goreng atau kueteow goreng atau mee lakna atau yang goreng-gorenglah. Tapi kedai ni kalau masakan ala tomyam yang bergoreng memang lambat yang amat, jadi saya pun pesanlah kueteow sup. Suami saya pula sup daging dan sate tapi sate pula dah habis. Kedai sup ni dia ada 2-3 gerai-gerai kecil di tepi-tepinya dan antaranya adalah gerai sate.

Saya dalam hati dah suka juga suami saya nak pesan sate sebab kalau saya ni makan kueteow sup sahaja memang tak kenyang, uih, lapar dibuatnya malam ni nak tidur. Hihu. Tapi saya senyap sajalah dulu, saya makan dulu kueteow sup yang dipesan.

Lepas makan kueteow sup tu, alamak, hmm, memang tak kenyang. Jadi saya pun minta dengan suami nak beli bebola di salah satu gerai di kedai ini.

Ok, bila pergi sana, bila tanya harga, Ya Allah, kenapa harga yahudi yang amat, pada sayalah. Tapi bila dah lapar, oklah, pesan juga.

Saya pesan dua set bebola, salah satunya bebola ikan+keju. Errmm, lama rasa tak makan keju.

Ok, penjual tu kata duduk dulu nanti dia hantar. Saya pun oklah, tunjuk di mana suami dan anak saya duduk. Saya pun pelik juga kenapa dia suruh duduk dulu padahal pada saya nak potongnya sekejap saja. Memanglah masa tu dia tengah nak buat pesanan orang lain tapi kalau ikut beraturnya, dah giliran saya selepas itu.

Tak apalah kalau dia suruh duduk dulu. Saya pun pergilah duduk dulu.

Tak lama kemudian hidangan pun sampai. Terkejut pula ada timun dan keropok ikan goreng. Ok, menarik. Kemudian, bila saya makan saja bebolanya, eh, rangupnya!! Sedapnya!! Serius sedap!

Selalukan bila kita beli bebola goreng-goreng ni di pasar malam atau mana-mana gerai, tepungnya tu alehai, lembik saja. Tambah dengan minyak yang banyak gila, kadang rasa nak muntah bila makan.

Tapi bebola yang ini, terbaeeekkkk!!

Rupanya penjual tu suruh saya duduk dulu sebab dia nak goreng balik bebola tu. Sebab apa saya tahu dia goreng balik, sebab rasa panas dan tepungnya memang rangup dan sedap. Rangupnya bukan macam krup krap krup krap kita makan tempeyek tu (bagi contoh tempeyek sebab masa nak tunggu sup tu kami makan tempeyek yang makcik-makcik datang jual di kedai, haha), tapi rangup yang sangat lembut dan entahlah, tak tahu macam mana nak gambarkan.

Memang sedap, memang ini pertama kali saya jumpa bebola yang tak berminyak bertakung, yang masa nak gigit tu memang rangup yang lembut, 'smooth' gigitannya.

Pada saya, memang kena ulang banyak kali ni, haha.


Dah separuh baru ingat nak ambil gambar, hihi. Sos dia pun sedap yang amat. 


Ok, di mana gerainya??

Gerainya adalah di kedai Sup Ketin Seksyen 7 Bangi, berhadapan dengan Willy Satay dan bersebelahan dengan Nextage Pharmacy. Ok, lepas ni anda semua boleh pergi dan cuba. Memang tak menyesal walaupun harganya mahal sedikit.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment