Tuesday, 23 April 2019

#ayuhBangkit BootCamp, Khas Untuk 'Founder' Bisnes

 Assalamualaikum semua.

Salam Sejahtera kepada yang bukan Islam.

Semalam tengok rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah,  ada perkongsian mengenai Gerakan Ayuh Bangkit dan program yang dilakukan oleh mereka iaitu #ayuhBangkit Bootcamp.

Apalagi, saya kalau pasal seminar-seminar ni, terujanya lebih sedikit, hihi. Maka saya pun mendengarnya sampai habis ditemani anak saya yang sedang berguling-guling atas tilan depan televisyen ni.

Memang menarik.

Apa yang saya faham daripada perkongsian berikut, Ayuh Bangkit ini adalah gerakan untuk memperkasakan penguasaan ekonomi orang Islam di Malaysia ini. Mereka meletakkan matlamat 1 juta jutawan Islam di Malaysia ini (tak silap sayalah 1 juta, ataupun 1 ribu, saya dah ingat-ingat lupa pula). Tapi tempoh masa tak diberitahulah pula.

Apa-apa pun selepas itu apalagi, saya pun mencari-carilah maklumatnya di facebook. Kebetulan saya memang 'friend' dengan Puan Shakirah, salah seorang panel di bootcamp ini nanti. Alah, sesiapa yang biasa dengan 'online marketing' memang tahu siapa Puan Shakirah ni.

Ok, saya letakkan di sini poster-posternya untuk info anda semua.






Yuran hanya RM10 dan kebetulan tempatnya Alhamdulillah dekat dengan tempat saya, jadi apalagi, Alhamdulillah dah daftar. 


Pembayaran melalui FPX dan pertama kali saya mendengar 'payment gateway' bernama RaudhahPay, siapa punya entah, cukup Islamik betul namanya. 

InsyaAllah, haraplah adalah kesempatan untuk saya dapat pergi ke sana. Biasalah ada anak kecil ni, kadang-kadang ada sahaja perkara yang menjadi kecemasan di saat-saat akhir kan? Huhu.

Oklah, bagi sesiapa yang hendak menyertainya kena bertindak cepat sebab semalam pun mereka kata dah lebih dari separuh penyertaannya. Sesiapa pun boleh sertainya tetapi mereka lebih fokuskan kepada 'founder-founder' bisnes atau mereka yang bertaraf 'C-Level'. Nak pergi satu pasukan pun boleh tetapi pastikan 'C-Level' ni ada supaya dapat lebih impaknya (boleh rujuk gambar di bawah saya ambil dari laman sesawangnya).


Ok, apa-apa info bolehlah tengok di facebook mereka. InsyaAllah, kita sama-sama capaikan matlamat mereka untuk membentuk 1000 jutawan Islam di Malaysia ini, Amin!!




1 comment:

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete