Friday 17 May 2019

Mengingat Kenangan Mengajar Tuisyen

Assalamualaikum.

Penulisan saya hari ini mungkin panjang sedikit kerana nak mengingat dan mengenang kembali kenangan-kenangan indah semasa mengajar tuisyen dahulu.

Iya, saya pernah mengajar tuisyen, selama lebih kurang 9 ke 10 tahun lamanya. Saya berhenti mengajar sebaik sahaja saya berkahwin dan mengajar sekejap semasa mengandung untuk lepas gian.

Banyak kenangan semasa dalam tempoh 9 ke 10 tahun tu, memang banyak sangat.

Apa-apa pun apa yang saya pegang semasa saya mengajar tu adalah jika dengan ilmu yang saya sampaikan itu, walaupun dengan satu ilmu sahaja InsyaAllah ianya mampu memberi manfaat kepada pelajar-pelajar saya, itu pun saya dah puashati.

Terjadinya nak mengenang kembali ni apabila saya mendapat mesej dalam wasap ini:



Saya perasan wasap ni dalam pukul 1 -2 pagi gitu kot sebab tak tengok jam, tapi dah tengah malamlah. Senyum sekejap masa tu, nak balas dan pukul 1 pagi pula. Pagi ni baru saya balas wasapnya. Iya, ayah pelajar saya tu cikgu tu, Cikgu Hariri, cikgu sekolah rendah saya. Walaupun ayahnya tak mengajar saya semasa sekolah rendah tapi memang satu sekolah kenal dia. Dan ya, saya mengajar anaknya.

Anaknya ni istimewa sikit, disleksia dan sangatlah kinestetik. Kena bertabah ya jika tengah belajar tu nak pergi tandas lah, nak pergi tingkat ataslah, tangan bergerak-geraklah, kena sabar.

Saya mula mengajar Haziq ni tak silap saya masa dia berada di tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan 4 sebab masa tu saya nak kahwin, jadi akan duduk jauh ke Kajang dan memang payahlah nak ke Ampang. Lagipun suami saya masa tu memang suruh saya duduk di rumah sahaja.

Sedih, memang sedih jugalah tak dapat nak mengajar dia sampai tingkatan 5. Tapi mungkin ada hikmahnya. Mungkin dia akan jumpa cikgu tuisyen yang lebih bagus dari saya, mana tahu. Fikir positif sajalah masa tu.

Tak sangka, Alhamdulillah, hari ini berita baik ini disampaikan oleh ayahnya kepada saya. Gembira, mahu tak gembira. Anak didik kita berjaya sampai ke peringkat seterusnya. 

Haziq ni, walaupun dia disleksia ada juga kelebihan dia yang buat saya tergamam. Paling saya tergamam masa dia di Tingkatan 4, kira algebra lagi laju dari saya.

Jadi jangan ingat mereka yang konon ada masalah pembelajaran sebegini tidak ada kelebihan ya. Pada saya setiap orang ada kelebihan dan kelemahan mereka. Tak perlu fokus pada kelemahan sahaja, lihatlah selalu pada kelebihan orang itu.

Saya ucapkan kepada Haziq ni selamat berjaya dunia dan akhirat. Dunia dunia juga, akhirat jangan dilupa. InsyaAllah anak yang akan sentiasa menggembirakan ibu dan bapanya, amin!!

Tahniah Cikgu Hariri, Kak Aida dan Haziq! :)

4 comments:

  1. Replies
    1. Tula, nostalgia sikit dengan Haziq ni, sebab lama saya mengajar dia dan banyak mengajar saya tentang erti tidak berputus asa. InsyaAllah, semoga yang baik-baik sahaja untuk Cikgu saya tu, Kak Aisa isterinya, untuk Haziq dan juga adik-adiknya yang lain. Adik dia tahun lepas ke dua tahun lepas, dapat 6A. Alhamdulillah. Adik dia tak disleksia tapi memang pandai.

      Delete
    2. Sorry, *Kak Aida isterinya, yang adik dia 6A tu untuk UPSR.

      Delete
  2. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete