Monday 29 April 2019

Salad Bukan Sekadar Hiasan

Assalamualaikum.

Nak tanya, ramai kan yang selalu makan di luar? Makan bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan.

Perasan tak, kadang-kadang di hidangan yang disajikan itu terdapatnya salad di tepinya, kononnya sebagai hiasanlah. Tetapi sebenarnya pun memang sebagai hiasan kan? Hihi.

Hiasan pun hiasan juga, tapi pada saya, salad itu boleh dimakan, jadi mengapa tidak anda makan sahaja?

Entahlah, saya rasa membazir pula kalau ditinggalkan begitu saja. Ramai juga yang saya lihat meninggalkan salad-salad tersebut bergelimpangan begitu saja, kasihan pula tengok.

Saya ni pun bukanlah baik sangat, dulu-dulu banyak jugalah tinggal makanan. Tapi entahlah, sejak menjadi surirumah ni, sejak dah tahu harga barang-barang dapur, ok, salad tu bila saya tengok, Ya Allah, duit tu, berharga tu, tapi orang buang macam tu saja, huhu. 

Jomlah kita jadi orang yang tak membazir, walaupun salad seciput itu sahaja di tepi. Walaupun hanya di tepi, banyak khasiat tu. Jangan malu untuk licinkan pinggan anda walaupun anda seorang perempuan. 

Melukut di tepian salad tu, walau di tepian tetapi masih sangat berharga

Jomlah licinkan pinggan walaupun anda seorang perempuan.
Hihi, yang tinggal cili sahaja sebab pedas cilinya, berair jugalah mata tergigit cili. 


Sunday 28 April 2019

Pertama Kali Makan Bebola Yang Tepung Gorengannya Sedap Gila!

Assalamualaikum.

Pagi ni nak bercerita pasal kisah semalam, kisah pertama kali jumpa atau makan bebola yang tepung gorengannya aduhai, sedap gila!!

Malam semalam, saya pergi satu kedai makan ni, di Seksyen 7 Bangi.

Kedai makan apa? Ooo, nantilah dulu, di akhir nanti saya bagitahu, tak syoklah nak bagitahu awal-awal kan? Hihi. Sebenarnya selalu juga saya dan suami pergi kedai makan ni sebab supnya itu memang kegemaran suami saya. Saya pula rasa supnya ok saja tapi suami saya ni sejenis yang suka minum/makan sup. Jadi memang segala bagai sup dia suka, asal sup memang licinlah.

Tapi dalam suka-suka tu, memilih jugalah dia akan sup-sup yang pernah dimakannya dan sup di kedai ini adalah salah satu sup kegemarannya.

Saya pula memang suka juga minum/makan sup tapi tengok 'mood' jugalah. Ikutkan semalam saya nak makan yang bergoreng-goreng contoh nasi goreng atau kueteow goreng atau mee lakna atau yang goreng-gorenglah. Tapi kedai ni kalau masakan ala tomyam yang bergoreng memang lambat yang amat, jadi saya pun pesanlah kueteow sup. Suami saya pula sup daging dan sate tapi sate pula dah habis. Kedai sup ni dia ada 2-3 gerai-gerai kecil di tepi-tepinya dan antaranya adalah gerai sate.

Saya dalam hati dah suka juga suami saya nak pesan sate sebab kalau saya ni makan kueteow sup sahaja memang tak kenyang, uih, lapar dibuatnya malam ni nak tidur. Hihu. Tapi saya senyap sajalah dulu, saya makan dulu kueteow sup yang dipesan.

Lepas makan kueteow sup tu, alamak, hmm, memang tak kenyang. Jadi saya pun minta dengan suami nak beli bebola di salah satu gerai di kedai ini.

Ok, bila pergi sana, bila tanya harga, Ya Allah, kenapa harga yahudi yang amat, pada sayalah. Tapi bila dah lapar, oklah, pesan juga.

Saya pesan dua set bebola, salah satunya bebola ikan+keju. Errmm, lama rasa tak makan keju.

Ok, penjual tu kata duduk dulu nanti dia hantar. Saya pun oklah, tunjuk di mana suami dan anak saya duduk. Saya pun pelik juga kenapa dia suruh duduk dulu padahal pada saya nak potongnya sekejap saja. Memanglah masa tu dia tengah nak buat pesanan orang lain tapi kalau ikut beraturnya, dah giliran saya selepas itu.

Tak apalah kalau dia suruh duduk dulu. Saya pun pergilah duduk dulu.

Tak lama kemudian hidangan pun sampai. Terkejut pula ada timun dan keropok ikan goreng. Ok, menarik. Kemudian, bila saya makan saja bebolanya, eh, rangupnya!! Sedapnya!! Serius sedap!

Selalukan bila kita beli bebola goreng-goreng ni di pasar malam atau mana-mana gerai, tepungnya tu alehai, lembik saja. Tambah dengan minyak yang banyak gila, kadang rasa nak muntah bila makan.

Tapi bebola yang ini, terbaeeekkkk!!

Rupanya penjual tu suruh saya duduk dulu sebab dia nak goreng balik bebola tu. Sebab apa saya tahu dia goreng balik, sebab rasa panas dan tepungnya memang rangup dan sedap. Rangupnya bukan macam krup krap krup krap kita makan tempeyek tu (bagi contoh tempeyek sebab masa nak tunggu sup tu kami makan tempeyek yang makcik-makcik datang jual di kedai, haha), tapi rangup yang sangat lembut dan entahlah, tak tahu macam mana nak gambarkan.

Memang sedap, memang ini pertama kali saya jumpa bebola yang tak berminyak bertakung, yang masa nak gigit tu memang rangup yang lembut, 'smooth' gigitannya.

Pada saya, memang kena ulang banyak kali ni, haha.


Dah separuh baru ingat nak ambil gambar, hihi. Sos dia pun sedap yang amat. 


Ok, di mana gerainya??

Gerainya adalah di kedai Sup Ketin Seksyen 7 Bangi, berhadapan dengan Willy Satay dan bersebelahan dengan Nextage Pharmacy. Ok, lepas ni anda semua boleh pergi dan cuba. Memang tak menyesal walaupun harganya mahal sedikit.

Selamat mencuba!

Seronoknya Mengamalkan Air Mawar (Rose Water)

Assalamualaikum semua.

Hari ini hari Ahad, anda buat apa hari ini?

Saya seperti biasa, duduk sahaja di 'gua' yang indah ini (rumahlah, hihi). Tak tahu lagi ke mana arah tuju untuk hari ini.

Ok, hari ini saya nak bercerita mengenai satu produk ni, produk air mawar.

Kenapa nak bercerita pasal produk ni? Sebab saya dah mengamalkannya dan sejak dari itu, waweee, memang itu sahajalah yang dicari.

Bila bercakap mengenai air mawar, mesti anda terfikirkan kaum India kan? Iyalah, mereka sentiasa guna air mawar ni, tak pastilah untuk apa. Tetapi jika di pasaraya besar seperti Giant di rumah saya ni, ada pula air mawar tu dijual di sana. Itu pun saya perasan setelah sekian lama menggunakan air mawar ni. Tak sangka pula Giant pun ada jual. Tapi saya tengok yang dijual tu murahlah pula, mungkin air mawar yang dijual tu gred lain kot, entahlah.

Ok, ceritanya saya terjebak dengan air mawar ini apabila saya dijemput oleh seorang rakan saya untuk pelancaran salah satu jenama produk air mawar di Malaysia ni. Rakan saya ni seorang VIP di majlis itu, jadi kami pun (saya dan seorang lagi rakan saya) pun pergi sahajalah. Dah orang jemput, pergi sahajalah kan? Haha.

Nama pun majlis pelancaran, pastilah ada sampel percuma kan? Apalagi, bawa baliklah rumah.

Mula-mula saya tak pakai pun air mawar ni. Oh, lupa nak beritahu, jenamanya adalah Zeeta. Ok, dah lama saya perapkan di rumah tu, entah kenapa suatu hari saya pun sembur ke muka. Entah kenapa, mungkin sebab tengok terbiar lama saja tak digunakan, jadi suatu hari tu saya pun menyemburlah.

Apa perasaan yang saya rasa apabila memakainya??

Perasaan memakainya, saya rasa, sangat sangat 'ohsem'!!. Serius sangat syok. Saya rasa muka saya sejuk (walaupun tak simpan pun produk tu dalam peti ais), rasa nyaman dan yang paling saya suka adalah pori-pori saya semakin mengecil. Rasa licin sahaja di sekitar hidung ni.

Ya Allah, lepas tu terus saya jatuh cinta dengan air mawar ni.

Setiap hari saya sembur, kadang sampai 3-4 kali. Tapi masa sembur tu fikir juga, kena bajet, haha, sebab kewangan masa tu agak meruncing. Kalau tak meruncing rasanya 7-8 kali kot dah menyembur dalam sehari.

Biasa saya menyembur masa duduk di rumah saja. Masa tu masih duduk di rumah mak, belum berkahwin lagi. Jadi bila dalam bilik tu menyemburlah. Masa keluar saya pakai produk lain, iyalah, rasa tak cukup dengan air mawar itu saja.

Selepas itu memang air mawar ni menjadi salah satu produk kegemaran saya. Tapi saya tak pakai jenama Zeeta saja. Semasa saya nak berkahwin, saya ada pergi ke sebuah butik spa India yang agak moden untuk buat rawatan muka. Saya tertarik dengan iklan di pintunya yang membuat rawatan muka organik. Tapi semasa membuat rawatan muka tu, mata tertutup, jadi tak tahulah sebenarnya dia guna produk organik atau tidak, husnuzon sajalah, hihi.

Habis saja buat rawatan muka tu saya minta cadangan dari dia untuk cara penjagaan muka. Nak tahu tak? Dia pun cadangkan air mawar. Ok, baru saya teringat bahawa dia adalah seorang bangsa India. Katanya rutin penjagaannya adalah sabun susu kambing dengan air mawar sahaja.

Ok, saya sangat suka sebab ringkas saja caranya. Tak perlu pelembab muka apa bagai. Jadi saya pun membeli dua produk tersebut darinya.

Nak dijadikan cerita kedua-dua produk tersebut memang sesuai sangat dengan kulit muka saya. Kedua-dua produk tersebut adalah 'homemade', saya tak pasti kedua-duanya dibuat oleh rakannya atau air mawar sahaja, saya dah lupa. Tapi yang air mawar tu memang saya ingat dia cakap kawan dia yang buat, jadi katanya kalau nak beli kena tanya dulu ada stok atau tidak. Cara pembungkusannya pun memang nampak sangat dibuat secara kecil-kecilan di rumah. Sabun mukanya tu dibalut dengan plastik putih jernih yang nipis saja, plastik yang orang buat untuk balut makanan tu. Ha, dia guna yang itu sahaja.

Nak dipendekkan cerita sejak dari hari saya menggunakan Zeeta tu sehinggalah ke hari ini, saya memang suka sangat produk air mawar ni. Hari ini saya menggunakan produk Dfreshpick pula. Saya nak teruskan nak guna Zeeta tetapi mereka dah tak buat lagi produk yang saya guna dulu. Mereka keluarkan produk yang baru. Produk air mawar juga tetapi ada campuran minyaklah, apa lah, entah, saya pun tak berapa ingat, dan harganya lebih mahal. Saya pernah beli sekali, rasa memakainya dah lain berbanding produk yang dulu. Tambahan ada minyak tu, muka saya rasa tak selesa. Mungkin formulasinya dibuat untuk digunakan di luar rumah padahal saya nak pakai di dalam rumah saja.

Tetapi produk Dfreshpick ni pun saya pakai untuk keluar rumah juga, haha. Tak tahulah, mungkin sebab bukan pergi mana pun, biasanya keluar makan saja, jadi nak bermekap sangat memang taklah. Sejenis yang tak suka mekap, bedak pun tak pakai, hihi.

Inilah dia Air Mawar (Rosewater) oleh Dfreshpicks yang saya guna sekarang.

Untuk produk Dfreshpick ni, kalau dibaca kepada kebaikannya tu, yang menghidrasi tu memang saya setuju sangat. Mencerahkan kulit itu pun saya setuju. Tak adalah jadi putih melepak bagai tapi memang nampaklah muka makin cerah dan tak kusam walaupun saya pakai sekali-sekala saja.

Mengecutkan jerawat itu pun saya setuju wakaupun mengambil masa juga (nak pantas pergilah pakai produk yang ada merkuri). Mengurangkan 'eyebag' tu saya tak pasti sangat sebab saya ni nak kata ada 'eyebag' sangat tak juga, jadi anda yang ada 'eyebag' tu boleh cuba dan bagi testimoni nanti. Ha, menyegarkan tu memang saya setuju sangat sangat dan sangat, terutama bagi anda yang selalu mengantuk di pejabat tu, ha, saya sangat mencadangkan anda guna air mawar ni. 

Ok, di bawah ini pula saja nak tunjuk air mawar jenama Zeeta yang saya cuba sebelum ini.

Produk Air Mawar Zeeta yang mula-mula saya pakai, kegemaran saya ni tapi sudah tidak dikeluarkan lagi (gambar ambil dari Google saja)

Produk Air Mawar yang menggantikan produk yang lama di atas, saya tak berapa minat yang ni sebab ada minyak, tak tahulah pula anda, anda kena cuba sendiri (gambar ambil dari Google saja)

Akhir kata, kepada anda yang nak sentiasa rasa muka tu lembap dan berseri, saya memang sarankan air mawar ni. Pakai dalam rumah saja pun boleh. Ia tidak berminyak dan selalunya air mawar ni dijual dalam bentuk semburan. Jadi selepas mandi tu, kalau rasa kulit kering dan jenis yang tidak memakai apa-apa pelembap dalam rumah, ha, inilah pelembapnya. Tambahan lagi anda tidak perlu nak cuci muka lagi apabila nak ambil wudhuk bila nak solat. Iyalah, nama pun suri rumah duduk rumah, nak cuci muka pula bila nak solat, aduhai, lecehnya. 

Bagi sesiapa yang nak DFRESHPICK tu, harganya RM29 untuk sebotol 30 ml, kos pos RM8 untuk Semenanjung Malaysia. Boleh beli dengan saya kalau nak. Saya promo dan jadi ejen. Untuk jenama Zeeta tu saya tak jual, saya hanya sebagai bekas pengguna sahaja. Anda carilah ejen-ejennya, merata juga di Malaysia ni.

Nak beli dengan saya boleh wasap saya. InsyaAllah saya cuba balas secepat mungkin. 

Ok, itu saja celoteh saya mengenai air mawar ni, jomlah cuba, harga pun mampu milik, boleh pakai hari-hari di rumah tu, InsyaAllah muka sentiasa cantik berseri. 

*Update 27 April 2021: Saya dah tak jual dah air mawar ni, pakai pun dah tak pakai. Pengeluar produk ni pun dah tak keluarkan lagi produk ni. Jadi bersama-samalah kita cuba cari produk air mawar yang lain. Maaf ya pada sesiapa yang pernah menghubungi saya untuk beli air mawar ni, dah tak ada dah di pasaran. 









Wednesday 24 April 2019

Tips Kurangkan Basuh Pinggan Kotor Semasa Bekalan Air Tiada

Assalamualaikum....

Hari ini bermulanya situasi catu-mencatu penggunaan air bagi sebahagian penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Empat hari secara berterusan, memang kena bertabahlah.

Tapi nak buat macam mana, nak merungut banyak pun tak guna. Baik kita cari alternatif untuk mengurangkan penggunaan air semasa ketiadaan air ini.

Antara tips yang boleh saya berikan kepada anda untuk mengurangkan penggunaan air semasa ketiadaan air ini adalah menggunakan plastik sebagai alas kepada pinggan mangkuk anda.

Tips ini datangnya dari mak saya. Inilah yang mak saya buat setiap kali rumah kami tiada air.

Mak saya memang sentiasa ada pelbagai jenis plastik di rumah. Iyalah, kadang anaknya nak tapau itu ini, bila dah tak ada bekas sangat, plastiklah penyelamatnya. Guna waktu terdesak sahaja.

Plastik yang mak saya gunakan untuk alas pinggan ini adalah plastik berbentuk segiempat sama yang selalu orang buat untuk bungkus nasi lemak. Iyalah, saiz segiempat sama tu memang muat sangat dengan kebanyakan saiz pinggan yang orang Malaysia guna untuk makan-makan.

Ni saya bagi contoh-contohnya, bukan gambar nasi lemak saya ni, ambil dari Google. Entah siapa punya gambarlah ni, mohon kebenaran guna ya, hihi.



Nampak tak plastik nasi lemak tu? Ha, plastik itulah kami guna untuk alas pinggan masa air tiada

Anda juga boleh guna alas lain seperti daun pisang. Tapi daun pisang yang dijual di pasaraya pun dah berapa ringgit sekarang, mahal juga kan? Tambah kadang tercarik sana tercarik sini. Tapi ikut andalah, tepuk dada tanya selera. Jangan tepuk daun pisang pula!.

Apa pun apabila menggunakan plastik ni, adalah juga tercalit sedikit sebanyak kotoran di pinggan tu. Cuma kotorannya tidaklah sebanyak jika tidak menggunakan plastik ini. Masih lagi boleh dicalit dengan tisu sahaja atau basuh dengan air yang sedikit sahaja. Dah jimat air di situ.

Ok semua, harap tips ini bermanfaat untuk anda. Sekurang-kurangnya dapatlah juga menjimatkan sedikit sebanyak penggunaan air di rumah anda semasa ketiadaan air ini, kan?

Tertipu Dengan Perkataan 'Natural/Organic' Pada Produk?

Assalamualaikum semua.....

Nak tanya ni.

Pernah tak anda membeli apa-apa produk di kedai atau di farmasi yang mana di botolnya ada tertulis perkataan 'Natural' atau 'Organic'? Selepas itu apabila anda pulang ke rumah (kadang tak sempat pun sampai rumah), apabila anda membaca bahan-bahan kandungannya, eh, kenapa ada alkohol sintetik ni, kenapa ada SLS pula ni, kata 'natural', 'organic'!!

Haaaa, bikin panas sahaja hati ini dibuatnya, berapi pula rasa. Selepas itu apalah lagi, bertaburanlah kata-kata kekecewaan keluar dari mulut anda, mau seminggu murung dibuatnya, haha.

Sabar, sabar dan tenang dahulu. Sabar kerana anda memang tak boleh nak menyalahkan pengeluar produk tersebut seratus peratus kerana anda juga bertanggungjawab atas kesilapan anda ini.

Mengapa saya berkata sedemikian?

Ini kerana pengeluar produk tersebut tidak nyatakan pun pada botol tersebut bahawa produknya adalah 100% 'Natural' atau 100% 'Organic'. Jika mereka menyatakan sedemikian barulah anda boleh membuat sebarang aduan salahlaku atau berasa kecewa yang teramat sangat.

Ada sebabnya pengeluar mempromosikan sebegitu. Pengeluar mahu menonjolkan bahan di dalam produknya yang mampu menarik pembeli untuk membelinya. Biasalah, itu antara strategi pemasaran.

Jadi, sebelum membayar sesuatu produk, periksalah label dahulu. Biasakan. Biasakan memeriksa label dahulu. Ok?!

Sahaja mengusik kenangan, PM di fb sekitar tahun 2016 dulu, kawan saya bertanyakan mengenai produk yang di botolnya tertera perkataan 'Natural'.